Saturday, April 30, 2011

Day 16

BREAKFAST
-RxLite
-Water: 500ml

AM SNACK
-Twisties

LUNCH @ Singgang
-Mee Celur
-Water: 250ml

PM SNACK
-Sweets, Potato Chips
-Water: 500ml

PM SNACK 2
-Bubur Kacang & 2 packs Biskut Oat Crunch
-Water: 250ml

DINNER
-Ayam Goreng, Yong Tau Foo & Putu Bambu

Total Water: 1.5 liter

Hari ni balik Jengka. Huhu.. seperti yang diduga, bab2 diet adalah fail sama sekali bila di kampung.

Friday, April 29, 2011

Day 15

BREAKFAST
-Water: 500ml

AM SNACK
-Auntie Anne's Pretzel
-Water: 250ml

LUNCH @ Thai Express
-Chicken Porridge
-Water: 250ml

PM SNACK
-Neslo Ais

DINNER
-2 pcs Pineapple Biscuits & RxLite
-Water: 500ml

Total Water: 1.5 liter

Thursday, April 28, 2011

Day 14


BREAKFAST
-Nasi Dagang
-Water: 500ml

LUNCH
-RxLite
-Water: 500ml

DINNER @ Tanjong Village
-½ meal Nasi Ayam Penyet & ¼ meal Moroccan Grill Chicken With Bread
-Water: 500ml

SUPPER
-1 pack Rice Cracker
-Water: 500ml

Total Water: 2 liter

Alamak.. banyak la pulak makan nasi hari ni. Overall diet akak masih kurang berkesan sebab banyak hari jugak yang akak makan lebih dari 1 meal sehari. Kena berusaha lebih gigih lagik nih.

Wednesday, April 27, 2011

Day 13

BREAKFAST
-Water: 500ml

AM SNACK
-RxLite

LUNCH @ Ikea
-Meatball Meal & Daim Cake
-Water: 500ml

PM SNACK 1
-Teh O

PM SNACK 2
-McD Choc Sundae
-Water: 500ml

DINNER
-RxLite & 1 pc Choc Cake
-Water: 500ml

SUPPER
-Water: 500ml

Total Water: 2.5 liter

Tuesday, April 26, 2011

Day 12


BREAKFAST
-2 sudu sardin
-Water: 500ml

AM SNACK
-RxLite
-Water 500ml

LUNCH
-Teh O

PM SNACK 1
-Smoked Chicken Bun
-Water: 500ml

PM SNACK 2
-1 pack Kacang Goreng

DINNER @ Kenny Rogers Roasters
-Quarter Chicken Meal, Ice Cream
-Water: 500ml

SUPPER
-Water: 500ml

Total Water: 2.5 liter

Monday, April 25, 2011

Day 11

BREAKFAST
-Water: 1 liter

AM SNACK
-RxLite

LUNCH
-Scrambled Egg & Coffee

PM SNACK
-RxLite & 5pcs Pineapple Biscuits
-Water: 500ml

DINNER
-1 pc Goreng Pisang, 1pc Pau Goreng, 2sb Nasi, Sup Ayam, Tempe Goreng, sambal Kicap & Teh O
-Water: 1 liter

Total Water: 2.5 liter

Sunday, April 24, 2011

Day 10


BREAKFAST
-4 pcs Fried Chicken Meatball, 4pcs Biskut Flora & Teh O
-Water: 1 liter

AM SNACK
-RxLite

AM SNACK 2
-RxLite
- Biskut Ikan, 1 pc Vanilla Cake

Late LUNCH @ Garden Cafe
-2 sb Nasi Goreng, Ikan Kembung Bakar & Some Fries
-Water: 250ml

DINNER @ Rumah Ounis
-3sb Nasi, Tomyam Campur, Ikan Bakar, Telur Dadar & Ayam Goreng
-Water: 250ml

SUPER
-Water: 500ml

Total Water: 2 liter

Hari ni keluar lagi, so makan2 memang meriah gak. Tapi akak cuba la kurangkan kuantiti walaupun menu nampak macam penuh (hahaha coverline.. coverline...). Besok kena kembali strict!

Saturday, April 23, 2011

Day 9


BREAKFAST
-Warm Water: 500ml
-Soto & Teh O

AM SNACK
-Chrysanthemum Tea
-Water: 500ml

LUNCH @ Ikea
- 2 pcs Curry Puff & Soft Drink
-Water: 500ml

PM SNACK
-Salad & 4pcs Biskut Rich Tea
-Water: 500ml

DINNER
-Special Burger
-Water: 500ml

Total Water: 2.5 liter

Hari ni akak tak ambik RxLite pun. Satu hari suntuk kat luar dengan family cari barang jahitan dan perkakas rumah. Anyway 2-3 hari ni memang nafsu nak makan ada lebih sikit, hormon tak betul atas sebab2 kewanitaan.. huhuhu..

Friday, April 22, 2011

Day 8

BREAKFAST
-RxLite + 2sk Quaker Oat
-Water: 1 liter

LUNCH
- Salad, 2 pcs Biskut Tutti Fruitti & 2 pcs Biskut Custard Cream
-Water: 500ml

PM SNACK
-Salad & 4pcs Biskut Flora
-Water: 250ml

DINNER
-2sb Nasi, Ayam Goreng, 1pc Biskut Honey Shorties
-Water: 250ml

SUPPER
-Water: 500ml

Total Water: 2.5 liter

Apasal ntah hari ni asyik nak makan biskut jek. Saja nak test biskut serbaneka yang baru beli kat Tesco tuh, sedap la pulak.. Saja jek kan, time nak diet, time tu la jumpa biskut sedap.

Thursday, April 21, 2011

Day 7

SAHUR
- Water: 1 liter
-RxLite + 2sk Quaker Oat

BERBUKA @ Idaman
-RxLite
-Garden Salad, ½ pack Cashew Nuts, 2 pcs Tuna Sandwich, some Fries & 4-5 sudu Tomyam pau Abang punya. Huhu..
-Water: 500ml

SUPPER
-Water: 500ml

Total Water: 2 liter

Berbuka tadi ingat nak makan salad jek. Tapi restoran tu serve 'Garden Salad' yg sangatlah hampehnya. Sayur2nya ada laa setengah mangkuk je kot, tapi dressing dia bubuh punya la banyak sampai macam nak jadik kuah. Dah le bubuh dressing Thousand Island. Garden Salad pakai Thousand Island ke? Rasa macam salah jek.. Tapi akak malas la nak masuk character Pah Bedah kecoh2 kan, sebab dah lapar. Food pulak sampai lambat, kitorang dah la nak solat maghrib lak lepas tuh, so makan jek la apa yang ada. Sudahnya makan tu rasa Thousand Island jek, bukan rasa sayur, sampai akak kena ketepikan Thousand Island tuh mau 4-5 sudu besar gak kot. Melampau tul.

Raha pulak tanak makan Tuna Sandwich yg dia order sebab ada mayonis & cili sos. Haa tu satu lagik, Tuna Sandwich pakai sos cili kah? Tak pernah lak akak makan mana2 restoran sebelum ni diorang bubuh sos cili. Kalau nak, kena tambah sendiri. Rasa macam chef sebenar untuk restoran tu dah lari kot. Dulu takde macam tu pun rasanya. Tapi akak belasah jek la Tuna Sandwich tuh dan pau tomyam Abang beberapa sudu. Lengkali tanak makan kat situ dah!

Wednesday, April 20, 2011

Day 6

BREAKFAST
-Warm Water: 1.5 liter

LUNCH
- 2 pcs Egg Sandwich
-Water: 500ml

PM SNACK
-RxLite
-Biskut Choc Chips & 2pcs Biskut Tiger Susu
-Water: 500ml

DINNER @ Pizza Hut
-Salad, 2 pcs Garlic Bread, 2 slices Pizza, 1 pc Masala Spin Roll, ⅓ Volcano Choc & Passion Tea
-Water: 500ml

SUPPER
-Water: 500ml

Total Water: 3.5 liter

Dan begitulah... agak kantoi di situ. Besok haruslah akak berpuasa ya..

Tuesday, April 19, 2011

Day 5

BREAKFAST
-Warm Water: 1.5 liter
-1 pc Sandwic Sardin (Wholegrain)

AM SNACK
-RxLite + 3sk Quaker Oat + 2sk Anlene
-Water: 250ml

Late LUNCH
- Salad Kentang & Chicken Meatball*
-Water: 250ml

PM SNACK
-Water: 500ml

DINNER
-½ biji Oren, 3sb Nasi, Telur Dadar & Kentang+Ikan Bilis Goreng Kicap
-Water: 500ml

SUPPER
-RxLite
-Waer: 500ml

Total Water: 3.5 liter

*Resepi Salad Kentang & Chicken Meatball
1 biji kentang + 6 pcs Chicken Meatball - rebus & angkat. Mixed dengan 1sb mayonis, garam & lada sulah. Siap!!

Harap maklum, resepi ini bukanlah resepi sesuai untuk diet ya, walaupun namanya 'Salad' konon. Kalau makan hari2, rasanya gemuk jugak.. huhuhu.. Tapi disebabkan malas nak prepare proper lunch, akak eksperimen jek apa ada dalam peti sejuk.

Hari ni akak telah beli lagi 2 kotak RxLite, stok untuk sebulan dan terus jadi ahli gituhh. Jadi lepas ni kalau sesapa nak beli ngan akak, boleh jugak ya.. huhu

Monday, April 18, 2011

Day 4

SAHUR
-Warm Water: 1.5 liter
-RxLite
-1 pc Sandwic Sardin (Wholegrain)

BERBUKA
-RxLite
-2pcs Karipap & 2 pcs Goreng Pisang
-500ml Blueberry Tea

SUPPER
-Water: 1 liter

Total Water: 2.5 liter

Masa sahur Raha cakap, "Raha tak sabar la tengok mak kurus.. macam mak orang lain.."
Huwaa huwaa huwaa.. akak nak gelak ke nak nanges nih..? Motivasi sangatt kan?

By the way, cara akak amik RxLite time sahur & berbuka hari ni tak betul rupanya. Kalau ikut saranan kat RahsiaRxLite.com, akak kena amik RxLite 30 minit sebelum sahur, dan kalau nak cepat turun berat badan, sahur tu pun ambik yang ringan2 je macam Pisang, Kurma atau seangkatan dengannya.

Untuk berbuka pulak, ambik 500ml water, RxLite dan yang ringan2 cam kurma gak, pastu pi solat maghrib dulu. Lepas tu baru lah makan benda lain, tapi idak le berlebih2an lak ya. Kalau tak makan lagik bagus kot, lagik berkesan.. heheh..

Tapi lepas berbuka baru akak terjumpa site tuh, so kira halal jek la hari ni. Nanti kalau Khamis ni puasa lagik, kita cuba cara tu pulak okkeh.

Berita gumbira untuk hari ini ialah.. AKAK SUDAH TURUN 1 KILO!! YABEDABEDUUU...!

Blog favourite baru dikesan

Akak jumpa satu blog nih - Want To Lose Weight? (kebetulan url dia hampir sama lak dengan url akak.. heheh). Sangat kagum dengan this lady okkeh, dari 102kg, dia dah turun ke 60kg only. Very der selim melim sekarang I tell you. And tak sampai setahun pun dia kuruskan badan, tanpa menggunakan any slimming product taww, dia jaga makan dan banyak exercise. Sangat gigih okkeh.

Her blog ada banyak info, pasal jenis2 body kita dan portion yg sesuai untuk jenis2 body kita. Ada suggested menu dan resepi2 yang sesuai untuk jenis badan masing2 jugak. Dipendekkan cerita, kenali jenis body anda, dan sila lah baca sendiri ya. Tak baca, rugi..

Sunday, April 17, 2011

Day 3


BREAKFAST
-Warm Water: 1.5 liter
-Nasi Kerabu, Telur Masin & Paru Bersambal

AM SNACK
(Sports Day @ Sekolah Agama Raha)
-½pc Karipap Sardin, ½ pc Kek Pisang, ½ serving cone ice-cream & Soft drink
-Water: 500ml

Late LUNCH
-RxLite
-Water: 500ml

PM SNACK
-Water: 500ml

DINNER
-RxLite + 3sk Quaker Oat + 2sk Anlene
-Water: 1 liter

SUPPER:
-1 pc Mini Kaya Bun & 2 sudu Mihun Goreng
-Water: 500ml

Total Water: 4.5 liter

Tu dia.. breakfast tak hengat punya. Day 1 & Day 2 akak kurang2 kan jugak ler nasi. Tapi nasi kerabu gerai baru jumpa nih, tersangat la sedap tak boleh tak abiskan sepinggan. Boleh tak baru jumpa? Padahal dah bertahun gerai tu terpacak kat situ. Hari tu try Nasi Dagang dia maveless gituhh. Time aku nak diet, time tu la jumpa gerai sedap kan.. Pastu nampak menu dia tadi, ada lontong jugak.. haa tu tak try lagik tuh. Camno? Help! Help!!

Sib baik la Nasi Kerabu tu kenyang sampai ke tengahari. Lepas abis sukan kat sekolah agama Raha, balik rumah dah tak larat dan tak rasa nak lunch pun, maka mari la kita tido beramai2. Masa dinner pun takde rasa lapar lagik. Disebabkan isterinya tak menunjukkan ciri2 mahu memasak untuk dinner kerana keletihan bersorak siang tadi (konooon..), Abang mention keowteow ke burger ke.. hohohoo.. sabar.. sabar.. Bayangkan diri anda kurus seperti Jenniffer Lopez. Dapat bayangkan? Ok, sekarang tabahkan hati dan pegi la sambung menjahit ke, gosok baju ke.. Tapi tak berapa nak tabah ler kan, disebabkan berjaga sampai lewat (sebab dah tido petang tadi), ter-supper (ter?) lak dengan diorang sekali. Tapi akak makan sikit jek taww.. (ayat coverline rasa bersalah.. muehehe)

Saturday, April 16, 2011

Day 2


Late BREAKFAST
-Warm Water: 1.5 liter
-RxLite + 3sk Quaker Oat + 2sk Anlene

AM SNACK
-6 pcs Biskut Choc Chips
-Water: 500ml

Late LUNCH
-Nasi & Ayam Masak Kicap
-Water: 500ml

DINNER
-1 biji Oren
-RxLite + 2sk Quaker Oat + 1sk Anlene
-Water: 1.5 liter

Total Water: 4 liter

Breakfast agak lewat hari ni. Biasa ler kan, cuti2 memang macam nih. AM Snack tu pun masa lunch hour actually. So lunch pun lambat, around 5pm gitu.. That's why takde PM snack. Sampai kul 9pm pun still rasa kenyang lagik. Disebabkan hari ni cuti, memang saja tak amik RxLite for lunch sebab akak nak makan sama2 family.

Dan hari ni akak dah dapat cara menyeronokkan (menyeronokkan untuk akak ler kan) untuk menghabiskan 1.5 liter air suam sebelum breakfast. Memandangkan akak baru jek start baca novel 'Breaking Dawn' yang sangat tebal ittew, maka selama setengah jam tu akak baca novel tuh kat meja makan dengan air suam kat depan untuk diminum. Abis satu perenggan, akak minum, refill, minum, refill.. sampai ler settle 1.5 liter.. heheh.. Tapi tatau la weekdays boleh buat camni tak, sebab selalunya weekdays pepagi sibuk nak gosok baju sekolah, prepare breakfast dan sebagainya. Boleh ke nak baca novel bagai?

Hari ni juga kurang sikit ulang-alik ke toilet berbanding semalam.

Friday, April 15, 2011

RxLite - Day 1

BREAKFAST
-Warm Water: 1.5 liter
-RxLite

AM SNACK
-1 biji Oren & Oligo
-Water: 500ml

AM SNACK 2
-1 pc Biskut Choc Chips

LUNCH
-RxLite + 2 sk Quaker Oat + 1 sk Anlene

PM SNACK
-1 serving Anggur
-Water: 500ml

PM SNACK 2
-1 pc Biskut Tiger Susu & 1½ pc Goreng Pisang
-Water: 500ml

DINNER
-Nasi & Kari Ikan Merah
-Water: 500ml

Total Water: 3.5 liter

Heheh.. ada lak Snack 1, Snack 2 gituu.. Bukan tak tahan lapar, tak tahan nak mengunyah. But at least akak control kuantitinya kan kan kan..

Petua Untuk Kurus Badan SEGERA

Ni akak dapat dari facebook.

Petua Untuk Kurus Badan SEGERA

Selepas bangun pagi, sebelum memberus gigi dan berkumur, minum air suam dan air kosong sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 30 minit. Sistem perkumuhan dalam badan anda akan bertindak mengeluarkan segala toksid yang tersimpan di dalam badan secepat mungkin. Cuba lakukannya. Anda pasti teruja untuk mengurangkan berat badan secepat mungkin


Sempena bermulanya rejim diet akak yang baru hari ini, akak nak amalkan jugak la petua ni. Pagi tadi akak dah belasah 1.5 liter air suam. Tapi tak tau la within 30 minit ke tak. Tak kisah lah, awal2 ni kan, akak maafkan diri sendiri.. hahaha sukati aku jekk. Tapi bagus gak pagi2 dah settle 1.5 liter ni. Senang sikit nak achieve 3.5 liter per day. Cuma disebabkan dah lama tak minum air masak banyak2, so memang kerap bebeno la ulang-alik ke toilet. Jadi bagi sesapa yang baru nak mulakan amalan ni, sila pastikan anda sentiasa berdekatan dengan toilet. Bagi yang dirumah tu, pakai jek la kaftan atau kain batik, tak yah pakai seluar, senang.. huhuhu.

Tapi nak minum sebelum gosok gigi tu tatau le kan. Sebab bangun pagi2 tu selalunya solat Subuh dulu. Tak sopan jek solat Subuh tanpa gosok gigi. Lagipun masa wudhu tu pun dah tentu2 la berkumur gak kan. Takkan nak lewatkan solat Subuh, maka akak kena bangun setengah jam sebelum Subuh lah kan? Huhu.. boleh ke? Selalunya azan baru bangun. Takpun akak abaikan jek la bab gosok gigi tu kot.. kan kan kan..?

Sorry


Assalamualaikum. Kepada yang membaca blog ini (ada ker? huhu), akak mintak maaf sebab dah lama tak update. Kepada yang bertanya soalan2 kat entry2 sebelum ni, mintak maaf banyak2 sebab tak berjawab. Sebenarnya akak memang dah lama tak update blog. Bukan blog ni jek pun, blog2 akak yg lain pun terbengkalai..(hamboii banyak benor blog, motiiiff??)

Actually selepas 2 bulan lebih ambik HL, akak terpaksa stop disebabkan tak mampu nak maintain ongkosnya. Heheh.. Masa akak consume tu akak dapat harga diskaun, but pastu tah cemana, para dealers dah tak dibenarkan bagi diskaun. Sian kat diorang, lagik kesian kat akak kan.. huhu. Tu la kan, nak yg diskaun jek.. Tapi nak buat cemana, budget nak kena jaga gak kan?

But overall, I had a great experience with HL. Akak berjaya turunkan 7kg. Dan lepas tu, walaupun akak dah tak ambik HL lagik, berat badan tu maintain agak lama gak. Tapi lepas tu akak tak lagi berkecimpung dalam arena kerja di luar rumah, sebaliknya lebih banyak bekerja dari rumah. Bila dah kat rumah, eksperimen memasak sangat kerap dilakukan, disertakan dengan eksperimen memakan apa yang telah dimasak juga.. berserta aktiviti fizikal yang sangat minimum.. huhu.. maka pada penghujung 2010, berat badan akak telah meningkat kepada 89kg! Kwang kwang kwang..

Actually, kesilapan terbesar akak bukanlah kerana makan, tapi kerana KURANG MINUM AIR MASAK. Tapi akak tak realize masa tu. Masa tu mindset akak, masa amik HL jek minum air banyak, lepas tak amik HL, terus lupa. Aparaa... Kan dah rugi riban-riban. Sebenarnya kalau kita maintain minum air masak 3-4 liter sehari, dengan sendirinya akan kurang makan, maka idok le naik berat badan.

Jadi, masuk 2011 akak start minum air masak banyak2 semula. Dalam pada tu akak juga amik Carb blocker & Xenical, tapi tak konsisten la. Mungkin kedua2nya membantu dalam menurunkan berat badan, tapi walaupun kosnya lebih rendah berbanding HL, untuk pengambilan jangkamasa panjang agak tak sesuai untuk akak. Carb blocker kena makan setengah jam sebelum makan karbohidrat. Cabarannya ialah, akak selalu jek lupa. Kekadang dah siap masak semer, family dah siap2 nak makan, takkan nak suh diorang tunggu setengah jam lak kan? Terbantut la selera, sian diorang.. Pastu takkan akak lak nak delay dan tak makan dengan family. Makan bersama keluarga itu penting ya hadik2.. Jadik, adalah agak sukar untuk akak mendisiplinkan diri dengan carb blocker.

Xenical lak lebih mudah nak amik. Lepas makan makanan berminyak jek, terus amik xenical. Tapi bagi sesiapa yang pernah amik xenical nih pasti tau cabarannya. Huhu.. Disebabkan xenical menghalang badan kita dari menyerap minyak yg kita makan, maka bila kita membuang, segala minyak itu akan keluar dalam bentuk minyak jugak. Jadi, boleh lah dibayangkan betapa messynya di dalam tandas itu ya. Memerlukan banyak sabun untuk acara penyucian. Secara tak langsung akak juga adalah pencuci tandas berdedikasi bila ambil xenical, sebab lepas buang jek confirm akak akan cuci tandas. Tapi kalau kat rumah, boleh lah.. Cabaran yang lebih mencabar lagik ialah bila kita berada di luar rumah seperti di tandas2 awam. Mana nak cari sabun yg banyak deknon oii.. Kena la akak bawak bekalan sabun tiap kali keluar. Dan yang tak bestnya, bila 'membuang minyak' nih, adakalanya mengeluarkan bunyi2 yg akan menyebabkan kita duduk lebih lama di dalam tandas untuk memastikan jiran2 di tandas sebelah dah keluar so that dia takkan nampak muka kita. Malu wehh...

Jadi akak rasa, kaedah 'meal replacement' macam HL dulu adalah kaedah paling sesuai untuk akak berdiet. Camna pun alhamdulillah, dengan izin Allah, dengan carb blocker, xenical dan minum air banyak, akak berjaya kurangkan 4kg. Kembali ke berat badan sebelum amik HL. Kikiki.. adoi laa..

Cuma akak realize akak agak kurang berdisiplin dalam menjaga makan dan minum air berbanding masa ambik HL dulu. Pertamanya, perhaps masa ambik HL, banyak RM dah keluar, maka secara psikologinya motivasi akak untuk pastikan duit tu berbaloi adalah lebih tinggi. Kedua, bila akak tengok balik blog ni, akak realize daily food journal ni sebenarnya telah banyak bantu akak untuk control apa yg akak makan setiap hari. Misalnya bila tengok journal semalam akak dah mentekedarah tak hengat punya, maka agak2 la kan.. hari ni kurang2 kan la sikit kan. Journal ni juga membantu akak memastikan akak kira berapa banyak air akak minum hari2.

Maka kesimpulan dari segala story mory sorry dory ikan duri di atas adalah, akak berazam untuk kembali kepada meal replacement dan daily food journal. InsyaAllah..

Hajat hati memang nak guna HL semula, tapi terpaksalah akak akur kepada kemampuan.. heheh.. So akak pun survey la meal replacement yg ada di pasaran. JDM is absolutely no no no for me. Akak dah pernah cuba sebelum HL dulu, mak aihh tak tertelan okkeh. Sib baik akak beli trial pack 5 sachet saja, tu pun akak sedekah balance 4 sachets tuh.. Akak survey gak yang jual kat guardian & cosway. Tapi cam tak berani la pulak, sebab dengan harga yg nak beli tu, kalau tak leh telan, membazir jugak. Dulu2 sebelum HL gak, akak penah try Cambridge Diet beli kat farmasi, huhh.. kembang tekak gak la nak mengabiskannya. Tu pun rasanya berakhir dengan sedekah ke orang gak tuh. Tu yang tak mahu sejarah berulang tuh.

Dengan bantuan incik gugel, akak survey la apa lagik meal replacement yang top sekarang ni. Dan terjumpa lah dengan RxLite. Sila lah gugel ya untuk info lanjut. Dengan testimoni meyakinkan, dan yang penting sebab semua yg cuba tu kata rasanya okay, dan juga agak bersesuaian untuk budget sebulan, maka akak pun orderlah trial pack - 10 sachets untuk RM50.

Hari ini adalah hari pertama akak minum RxLite. Dah minum pagi tadi. Taste nya memang lah okay sesangat. Kalau sapa boleh minum koko, milo, vico, oligo dan yang seangkatan dengannya, confirm sesangat la boleh minum RxLite nih. InsyaAllah akak akan amik stok sebulan terus lepas ni. Dan insyaAllah akak akan update blog ni dengan daily menu dan progress nya. Mudah2an berkesanlah.. Jadik lepas ni entry kena re-start kat Day 1 lah ya. Mudah2an entry2 di sini ada manfaatnya pada sesiapa yang sudi membaca.. ada kerr? Huhuhuu