Friday, April 15, 2011

Petua Untuk Kurus Badan SEGERA

Ni akak dapat dari facebook.

Petua Untuk Kurus Badan SEGERA

Selepas bangun pagi, sebelum memberus gigi dan berkumur, minum air suam dan air kosong sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 30 minit. Sistem perkumuhan dalam badan anda akan bertindak mengeluarkan segala toksid yang tersimpan di dalam badan secepat mungkin. Cuba lakukannya. Anda pasti teruja untuk mengurangkan berat badan secepat mungkin


Sempena bermulanya rejim diet akak yang baru hari ini, akak nak amalkan jugak la petua ni. Pagi tadi akak dah belasah 1.5 liter air suam. Tapi tak tau la within 30 minit ke tak. Tak kisah lah, awal2 ni kan, akak maafkan diri sendiri.. hahaha sukati aku jekk. Tapi bagus gak pagi2 dah settle 1.5 liter ni. Senang sikit nak achieve 3.5 liter per day. Cuma disebabkan dah lama tak minum air masak banyak2, so memang kerap bebeno la ulang-alik ke toilet. Jadi bagi sesapa yang baru nak mulakan amalan ni, sila pastikan anda sentiasa berdekatan dengan toilet. Bagi yang dirumah tu, pakai jek la kaftan atau kain batik, tak yah pakai seluar, senang.. huhuhu.

Tapi nak minum sebelum gosok gigi tu tatau le kan. Sebab bangun pagi2 tu selalunya solat Subuh dulu. Tak sopan jek solat Subuh tanpa gosok gigi. Lagipun masa wudhu tu pun dah tentu2 la berkumur gak kan. Takkan nak lewatkan solat Subuh, maka akak kena bangun setengah jam sebelum Subuh lah kan? Huhu.. boleh ke? Selalunya azan baru bangun. Takpun akak abaikan jek la bab gosok gigi tu kot.. kan kan kan..?

No comments: