Wednesday, October 31, 2007

13th day

SAHUR
-Oren
-Tea Mix: 600 ml
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 200ml Soyrich + 200ml water
-Water: 600 ml

BERBUKA
-Tea Mix: 1.2 liter
-Sup sayur
-3 pcs Jacobs hi-fibre biscuit
-Water : 2.0 liter

SUPPER
-4 scoop F1 + 200ml Soyrich + 200ml water
-Water: 600ml

Total Water: 3.2 liter
Total Tea Mix: 1.8 liter

Tuesday, October 30, 2007

12th day

SAHUR
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 200ml Soyrich + 200ml water
-2 pcs Tiger biscuit
-Water: 600 ml

BERBUKA
-Mihun goreng
-Tea Mix: 1.2 liter
-Water : 900 ml

SUPPER
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 200ml Soyrich + 200ml water
-3 pcs Jacobs hi-fibre biscuit
-Water: 600ml

Total Water: 2.1 liter
Total Tea Mix: 1.2 liter

Monday, October 29, 2007

11th day

BRUNCH
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 250ml Capuccino Soyfresh + 150ml water
-Tea Mix: 600 ml

LATE LUNCH
-betik
-jambu batu
-keropok ikan
-Water : 600 ml

DINNER
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 400ml Soyrich
-Tea Mix: 600 ml
-Water: 1.7 liter

Total Water: 2.3 liter
Total Tea Mix: 1.2 liter

2-3 hari nih cam terkurang lak minum air & tea mix, sebab banyak ke sana ke mari, leceh gak asyik nak gi bilik air jek. Camni kena praktis banyakkan minum air pagi & malam lah kot.

Sunday, October 28, 2007

10th day

BREAKFAST
-water: 600ml
-tea mix: 600ml

BRUNCH
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 200ml mango juice + 150ml water
-water: 1 liter


LATE LUNCH
-(A&W) Mexicano Chicken Pita + ¼ Ice Cream Waffle + Chicken + Nugget + Onion Rings + Fries + Ice Peach Tea (Overall tak banyak mana pun sebenarnya, normal meal jek. Ayam dengan nugget tu, ala² secubit dua jek, fries pun sikit jek, takat nak merasa)

DINNER
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 200ml Capuccino Soyfresh + 150ml water
-water: 600ml

Total Water: 2.2 liter
Total Tea Mix: 600ml

Saturday, October 27, 2007

9th day

BRUNCH
-2 scoop F1 + 2 scoop F3 + 200ml mango juice + 150ml water
-koko crunch without milk
-water: 1 liter
-tea mix: 600ml

LATE LUNCH
-(Azliene's 'open room') mee goreng, karipap, kuih raya, snacks, sirap - KANTOI!
-tea mix: 600 ml
-water: 1.2 liter

DINNER
(Ajim's open house) Nasi minyak, kari ayam, mee goreng, cucur udang, puding, air anggur - moderate

Total Water: 2.2 liter
Total Tea Mix: 1.2 liter

2 hari ni tekak selalu rasa kering. Kekadang ada rasa cam pening² lalat. Siang lak kekadang rasa mengantuk. Badan tak letih, tapi mata mengantuk giler. Samada body baru nak menunjukkan tindakbalas kat HL, ataupun nak cover sebab tido lambat beberapa hari lepas.

Berat badan pun macam tak stabil. Saja la naik timbang sekejap (walaupun dah janji nak timbang seminggu sekali jek), tapi cam naik 1½ kg lak, padahal masa tu belum makan. Tapi takpe, akak tau HL berkesan. Maybe sekarang tak stabil sebab badan tengah tak sihat, atau badan baru nak bertindak balas kat HL.

Akan ku teruskan jua!

Scoop


Start besok akan akan tukar sukatan kepada 2 scoop rata F1 + 2 scoop rata F3 untuk shake akak. Sebelum ni akak buat 2 scoop menggunung F1 + 1 scoop menggunung F3, seperti mana instruction dari Encik Cyber Slim Centre

Apa kebendanya menggunung ngan rata nih?
Sebenarnya, masa akak jalan² mencari info psal Herbalife kat Forum Cari, akak tengok different people amik different scoop. Heran gak ler mana satu sukatan yang betul.

Rupa²nya, 1 scoop menggunung = 2 scoop rata.
Maknanya, kalau scoop rata, kira sebelum ni akak ambik 4 scoop F1 + 2 scoop F3 lah.

Tapi tadi, akak dapat formula sukatan baru ni dari Adieha. Sangat rajin dak Adieha nih. Dia email Lean Protein Estimator nih kat akak. Berdasarkan table tu, keperluan protein akak ialah 2 scoop F1 + 2 scoop F3. Yeeyy!! Jimat sikit F1 akak. Lambat sikit abisnya kan? Hik hik

Adieha jugak kasi akak gambar HL measuring spoon tuh. Kalau ikut dalam gambar tuh, tak menggunung, tak rata pun.. ala² separuh jek.

By the way, akak sudah order stok seterusnya dari Adieha, sebab offernya very irresistable gituhh. Ye lah, akak dah decide nak consume HL nih for long term, jadi akak kena lah mengambil kira kos dan penjimatannya dari segi jangkamasa panjang. Kang perut tak kempis, poket lak kempis dulu. Mintak maaflah ye sekiranya akak tak beli dari korang² yang akak pernah email, atau yang pernah email akak tu. Maybe next time, kalau ada rezeki akak order dari korang pulak, err bergantung ler kepada promosi dan diskaunnya.. hik hik.

Akak sudah tolong order 'Start Now Pack' (SNP) jugak untuk Ana sekali. Hajat hati nak share ngan Ana untuk beli untuk Mak ngan Abah lak pas ni. InsyaAllah.

Start besok gak, akak tak akan timbang lagi berat badan setiap pagi. Sebab akak terlalu mengharapkan jarum timbang turun sekilo tiap kali akak timbang berat. Nanti, kalau tak turun, takut akak discourage plak. Kang mula la akak rasa tak puas ati, dan melantak tak hengat terus lepas tuh. Jadi akak decide nak timbang seminggu sekali jek. Sebab kalau turun 1 kilo je seminggu pun sebenarnya dah kira satu perkembangan yang bagus.

Start besok jugak, akak akan post differently untuk entry daily menu akak. Akak rasa nak buat detail macam Adieha, sebab rasanya later akan berguna untuk akak check balik formula yang macamana paling berkesan kat akak. Entry sekarang too general, and bila akak tengok balik, akak tak nampak proper timing dan sukatan akak amik Tea Mix and plain water pada sesuatu masa. Nampak total intake in 1 day jek.

Untuk proper details record, sudah semestinya akak akan gunakan communicator untuk rekod setiap kali lepas akak makan atau minum something. Huhuhu.. cam takde keje lain jek. Tak kisah lah. Akak rasa cara tu akan berkesan untuk akak mengelakkan snacking keterlaluan.

Huarghh.. sangat mengantuk!!

Friday, October 26, 2007

HL Shake Malas

Apasal lak nama dia Shake Malas?

Sebab ianya sesuai dibuat ketika sedang malas - malas blender, malas potong buah, malas beli juice untuk ganti juice yang dah habis, malas masak, malas keluar cari makan.. Yaa.. pendekata sangat sesuai untuk pemalas.

2 scoop F1
1 scoop F3
250 ml Soyrich
Air sejuk ikut suka

Shake well..
Senang saja! Dan tetap sedap ajek!

8th day

Breakfast: HL Shake Malas

Lunch: HL Shake Malas (lagik!)

Dinner: Nasi lauk ikan

Cilok²: Keropok, Oren

Tea-Mix: 1.8 liter

Water: 4 liter

HL Soy Frutti Yogurt Shake

2 scoop F1
1 scoop F3
250ml Soyrich
150 ml Juice (any flavour)
120 gram Anlene Yogurt (any flavour)
Ice cube

Blend.
Sebenarnya akak rasa suka hati je nak letak banyak mana pun soya, juice and yogurt tu. Pastu letak perasa apa pun boleh. Janji semua sejuk, sedap aje kat tekak akak nih deknon!

HL Chocolate Oat Shake

2 scoop Formula 1
1 scoop Formula 3
250ml soya
35g Chocolate Quaker Oat
Sedikit air sejuk

Blend semua sekali.

Soya - akak guna Soyrich.

Oat - akak pakai yang instant tuh, dalam 1 kotak ada 8 paket, 1 paket ada 35 gram. Dah lama dah beli nih, ingat nak makan untuk sahur masa bulan posa hari tuh. Hmm.. nan adooo. Sib baik la beli Herbalife. Kalau tak, berabuk ler sampai expired quaker oat tu.

Kena tambah air sejuk lebih sikit sebab quaker oat tuh manis ler.

Akak suka buat resepi ni untuk sahur atau untuk breakfast. Sangat sedap dan sangat mengenyangkan.

Thursday, October 25, 2007

7th day

Breakfast: HL Shake

Lunch: Non-HL Shake + HL Shake

Dinner: Keropok, ayam goreng, maggi kari

Tea Mix: 1.8 liter

Water: 3 liter

Muahahaa.. tah hapa² menu.

Masa nak buat shake for lunch tadi, memula akak dah yo yo oo campur² semua masuk blender. Pastu bila minum, rasa macam - "Kenapa sangat cair shake nih?". Tapi belasah jek la sampai habis. Sekali baru perasan, rupanya akak tak campur pun F1 & F3. Huhuu.. tu pasal la jadik Non-HL shake (sekali baca cam 'non-halal' lak!). Pastu akak buat ler 2nd round lak.

Actually saja amik HL for lunch sebab awalnya plan nak makan ikan for dinner, sebab Abang akak gi mancing, and akak memang konfiden dia akan bawak balik ikan. Dia dah dapat ikan dah dalam kul 6.30 tuh, tapinya dah kul 8.30 malam, dia call bagitau dia nak sambung lagik mancing. Ishh! Marah lerr nih. Malas ler akak tunggu dinner lambat. Saja taww nak sabo diet akak! Maka akak end up makan tah hapa² for dinner.

Tapi apasal tah, malam ni akak dok bersin² giler? Cam nak selsema lak. Actually dah selsema dah pun. Heran ler nih. Pastu tekak haus giler. Asyik minum air jek. Rasanya tak penah lagik so far dapat minum plain water sampai 3 liter sehari. Tu belum campur tea Mix lagik. Adakah sebab akak memang nak selsema pun, atau tanda² 'best fren' nak datang melawat (rasanya lambat lagik masa untuk 'best fren' tuh datang)?. Atau kesan sampingan HL?

Wednesday, October 24, 2007

6th day

Sahur: HL shake, Tea Mix

Berbuka: Biskut, Tea Mix

Supper: Mihun sup

Tea Mix: ± 1 liter

Water: ± 1.8 liter

Walaupun hari ni posa, tapi tak rasa letih pun. Memula pagi tu cam ada la rasa lapar sikit. Tapi lepas tu hilang. Sampai petang pun tak terasa.

Pukul 4.30pm akak pegi jumpa client, 5.30pm ada meeting, then training lak, pastu sambung business presentation sampai lewat malam. Tak sempat pegi cari makanan untuk berbuka pun. Akak minum tea mix dengan beberapa keping biskut jek. Tapi okay jek, boleh tahan le sampai balik rumah.

Sampai rumah kul 11.30 pm, memula ingat nak buat shake jek, tapi rasa cam tak cukup lak. Dan rasa cam tak fair untuk perut. Dah le seharian posa, takde makan apa² pulak. So akak mintak le Abang belikan mihun sup. Pukul 1 pagi dok makan mihun sup, boley? Disebabkan makan pun dah lewat, akak tak mo la tambah shake lagik.

Hari ni akak timbang, dah turun lagik sekilo! Maknanya in total dah turun 3 kilo dalam masa 5 hari! Pencapaian paling cemerlang dalam sejarah percubaan menurunkan berat badan akak okkeh. Hehehe.. I like! I like!

HL Very Orangy Shake

2 scoop Formula 1
1 scoop Formula 3
250 ml Orange juice
2 oranges

Blend semua sekali.
Orange juice tu akak pakai brand Sunkist.

Tuesday, October 23, 2007

5th day

Breakfast: HL shake

Lunch: Nasi + lauk

Petang: Kuih raya

Dinner: HL (½ serving)

Tea Mix: ±1.5 liter

Water: ±1.8 liter

Akak amik ½ serving saja shake for dinner sebab akak dah makan kuih raya petang tuh. Lagipun sebab tak rasa lapar pun.

Sukerrr...!!

"Kak Sumie, nampak kecik sikit laa!"

"Eh.. Kak Sumie dah kurus sikit laa.. eii.. makan apa ni? Share la.. Share la!"

Muahaha!! Bior betul? Tapi memang gitu la 2 orang associates tegur akak kat ofis tadi. I like! I like!

Tapi akak rasa maybe sebab hari ni akak pakai baju yang ala² silap mata gituh. Corak dan cutting baju tu menyorokkan mana² yang tak perlu kot. Kikiki..

Anyway, akak sudah turun 2 kilo okkeh.. Itu adalah timbangan awal pagi tadi. Baru jek 4 hari amik Herbalife.

Anyway akak tanak ler sexcited sangat (padahal dalam hati sangat gumbira sebenornya.. dah habih canang satu Malaya betapa taksubnya akak dengan HL), sebab sebelum ni pun akak penah dah turun 2 kilo dalam masa 4-5 hari, masa akak start diet dengan minum banyak air masak, dan kurangkan makan nasi hari tu. Without Herbalife pun dah turun dah 2 kilo.

Pastu dia turun lagik 2 kilo, tapi lembab sikit la. Cuma lepas tu dia cam yoyo, kejap naik, kejap turun.. especially masa bulan posa & raya, makan tak hengat, camno nak turun, ye tak? So kalau nak diikutkan, dalam masa 3 bulan lepas, campur tolak berat akak cuma turun 2 kg jek la. (Berat asal: 86kg - ni paling berat dalam sejarah hidup akak ler)

So sekarang ni akak expect dengan Herbalife nih, akak leh turun berat lebih cepat, dan tak jadik yoyo. Nanti kalau angka 8 kat depan tu dah takde, baru akak nak sexcited over the mountain gituh.

By the way, no doubt akak lebih energetic sekarang. Kalau nak ikutkan, pinggang akak ni still tak berapa baik lagik. Still tak selesa nak lasak². Sebelum ni, kalau sakit macam ni, mesti ler akak nak melepek jek. Tapi akak takde melepek pun, okay jek buat kerja² rumah, walaupun pergerakan slow sikit ler.

Pastu akak ada meeting kul 4 petang tadi. Then sambung lak training pukul 6 petang. Disebabkan ni training pertama selepas cuti raya, so training panjang sket le. Kul 10 lebih baru abis. Akak sampai rumah dah dekat kul 11. Kalau sebelum ni, kalau dah balik rumah kul 11 malam tu, memang badan dah lesu gila lah. Kepala ingat bantal, body ingat katil jek. Kekadang nak cuci muka pun malas. Isyak pun kekadang kantoi..

Tapi tadi, balik rumah, akak takde rasa penat pun. Boleh ler masuk baju dalam washing machine jap, mandi, buat shake, pastu siap leh ngadap komputer update blog lak ni.Hik hik hik. Sukerr! Sukerr!

Monday, October 22, 2007

4th day

Breakfast: HL shake

Lunch: Ayam goreng, keropok, F.Rocher-2, Yogurt

Dinner: Keropok, peyek, samperit

Cilok²: Maggi - 2 sudu

Tea mix: 1.6 liter

Water: 2.4 liter

Sebenarnya ingat nak posa hari ni. Tapi tak terbangun sahur lak.. (Alasan sesangat kan? Macam le tak boleh posa kalau tak sahur?)

For breakfast, akak buat shake guna soya and quaker oat - chocolate flavour. Hmm.. baguss! Tahan le kenyang sampai tengahari.. Tapi akak guna quaker oat yang instant tuh. Manis sangat okkeh. Akak tambah air sejuk lebih sikit.

Err.. lunch akak hari ni sungguh tak bagus kan? Mende bergoreng jek. Malas nak pi cari makanan kat luar, and malas nak masak jugak. Nak masak apanya, takde apa² pun kat rumah. Ayam goreng segera tu jek yang ada.. (Muehehee.. nampak sangat ler tak memasak).

Dinner pun sungguh tak bagus. Junk food jek. Disebabkan akak rasa dah lebih makan makanan tak berkhasiat, dan dah kenyang, akak tak amik ler shake for dinner. Akak lebihkan tea mix hari ni, so that boleh bakar lebih kalori.

I know I can do better tomorrow!

Tadi akak email Encik Cyber Slim Center tanya pasal Tea Mix. Akak tanya whether boleh pakai pemanis tiruan tak, sebab akak tak jumpa madu asli (malas nak cari sebenornya..). Dia kata okay. Sebenarnya akak dah guna pun pemanis Equal (dah beli, baru nak tanya, boley?). Abang akak siap belikan sekotak lagik. Untuk satu botol air (600ml) tea mix tu, akak cuma letak sebijik je Equal. Tu pun dah manis² buah dah. Sesedap rasa.

Pastu akak tanya pasal plain water. Memandangkan kalau ikut berat akak, akak kena minum 3-4 liter air sehari, akak nak tau ler whether akak boleh minum 2 liter tea mix + 2 liter air putih. Atau adakah kalau akak dah minum tea mix (tak kira la berapa gelas pun), akak still kena minum 3-4 liter air jugak? Tak tahan weh.. asyik nak gi toilet jek. Ni akak tengah dok rumah, takpe la lagik. Kalau start keje balik nanti, leceh gak asyik nak cari toilet jek. Dan jawapan Encik Cyber Slim Center ialah - BAGUS!

Sunday, October 21, 2007

3rd day

Breakfast: HL shake

Lunch: Open House - Mee rebus, roti jala, ayam goreng, choc cake, kerepek, kuih raya & teh o

Dinner: HL shake

Tea Mix: 2 gelas

Water: ± 2.4 liter

Nampak cam banyak jek list makanan during open house tu ek?
Tapi sebenarnya akak amik sikit² jek. Kalau campur² semua, kira cam complete 1 meal jek la. Errr.. 1 meal yang agak tinggi kalorinya. Kui kui kui..

Konpem!

Konpem la memang Tea Mix tuh kasi energy lebih. Malam tadi akak tak tido lagik. Leh tahan lak mata nih berjaga. Sama gak cam semalam, kul 7 pagi tadi baru tido. Pastu terjaga dalam kul 11, badan tak rasa lesu pun. Muka pun tak sembab. Selalunya kalau tido lambat, toksah cakap le muka, mekap tebal pun still nampak sembab.

Anyway, akak tanak ler berjaga macam ni tiap² malam. Tidur tak teratur pun tak elok untuk kesihatan.

Pagi tadi.. err pagi ke? Bangun pun dah kul 11. Kira tengahari tadi lah kan?
Okay, tengahari tadi akak buat shake pakai orange juice plak. Pastu blend dengan sebijik buah oren. Tersangatlah oren nya. Memang sedap.
Tak tau ler akak nak kira as breakfast ke lunch tuh?

Petang ni kawan akak buat open house. Sabor jek la kan? Akak akan cuba untuk mengawal nafsu makan. Muehehe.. Sebenarnya akak nak turunkan berat seberapa banyak yang boleh dalam sebulan nih, sebabnya 1st December nih ada adik ipar akak nak kahwin. Kalau boleh akak nak le sedara-mara akak tengok ada perubahan gituh.

Kosser jek la kan, selama ni asal jumpa jek mesti dorang cakap "Eii makin sihat nih..", "Eii makin kembang ko nih". Dan yang paling kosser sekalik, bila ada orang tanya, "Bila date due nih?" "Dah berapa bulan nih?".

Saturday, October 20, 2007

2nd day

Sahur: HL shake + Tea Mix

Berbuka: HL shake, Pizza, Merci-1, F.Rocher-3, keropok ikan setengah bungkus, peyek-3

Tea Mix: 3 gelas

Water: ± 3 liter

Nampak cam banyak je plak menu berbuka tu. Tapi, sebenarnya pizza tu sikit jek. Lebih² pizza semalam tu tak abis, akak panaskan. Tak elok ek berbuka makanan² cam tu? Sebenarnya akak makan apa yang ada kat rumah jek. Memula akak ingat nak berbuka dengan HL jek. Tapi cam tak cukup le plak. Next time posa akak cuba lagi ek.

Iye ke?

Hari ni akak posa. Ni dah petang ni, rasa lapar la gak. Untuk sahur tadi akak buat shake guna mango juice. Maybe next time kena blend shake dengan buah or quaker oat supaya lebih banyak serat.

Malam tadi akak tak tido langsung. Pukul 7 pagi tadi baru tido. Pastu bangun dalam kul 11 tadi, rasa cam biasa jek. Selalunya kalau tido lambat, bangun lambut, mesti pening², rasa lesu jek. Jeng jeng.. adakah disebabkan Tea Mix? Atau psikologi semata²?

Pastu lepas mandi, akak try ler timbang. Takde la menaruh harapan pun, sebab baru jek sehari kan. Saja jek, dah memang jadik habit, lepas mandi mesti nak naik penimbang. Pastu kan, jeng jeng jeng.. sudah turun satu kilo la! Logik tak?

Anyway akak takde la excited sangat, sebab kalau takde Herbalife pun, cam dah biasa turun naik sekilo dalam sehari. Tatau le mana satu yang rosak, mata akak ke, penimbang tu ke. Nanti ler kita tunggu dah turun 5 kilo ek, barulah boleh sexcited sakan kan..

Friday, October 19, 2007

Menu 1st day

Breakfast: Chocolate cake + Low Fat Milk

Lunch: Herbalife Vanilla Shake

Dinner: Herbalife Shake (½ serving) + pizza + chicken wings (hik hik over sangat kann?)

Tea Mix: 3 gelas

Water: ± 3.6 liter

Cilok²: 2 sudu nasi bryani (cilok Abang punya lunch), Coklat Merci 2 pcs, Ferrero Rocher 2 pcs (hik hik.. pun over kan?)

Okay.. okay la. Terover la plak untuk dinner, and terover baik punya cilok plak.. Ada ke patut malam² makan pizza. Patutnya nak makan pizza siang² le kan? Malam² kurangkan sikit makan. Abih tuh nak buat cemana, dah Abang akak nak makan pizza. Kalau tak makan kang, banyak lebih, membazir lak. Takpe akak maafkan diri akak, sebab baru 1st day katanya. Boleh gitu? Nak menyedapkan hati sendiri.

Anyway, akak dah try buat shake pakai jus mangga. Hmmmm.. sangat sedap okkeh. Tak muak pun. Tapi tak tau ler, sebab tadi tu akak cuma buat ½ serving jek.

Sekarang ni tengah bloating. Asyik keluar angin jek, kekadang ada rasa cam nak muntah. Tak tau ler samada disebabkan Herbalife, atau disebabkan lewat dinner, atau disebabkan pizza, atau disebabkan coklat, atau disebabkan terlebih makan. Ataupun memang saja nak angin. Memang selama ni akak kerap angin satu badan pun. Perut nih sensitif betul.

Pastu kan, ni dah lebih kul doblas, akak tak ngantuk pun. Adakah ini kesan Tea Mix? Jeng jeng jeng.. Ataupun sekadar psikologi jek, sebab akak banyak baca testimonial orang yang katanya bertambah energetic lepas minum tea mix gituh.

Actually nak kata energetic, takde la akak rasa cam energetic sangat sampai leh lompat², berjoget dangdut bagai kan. Tapinya tadi akak settle lah kain baju akak yang tak berlipat kat depan TV tuh sejak balik dari kampung lepas raya hari tu.
Tapinya tah ler, tak leh nak kira gak, sebab balik dari kampung hari tu akak sakit pinggang, jadiknya memang tak boleh buat keje sangat pun. Hari ni memang dah kurang sakit pun, kalau tak amik Herbalife pun akak memang dah boleh start buat keje rumah yang ringan² pun.

So, maybe la Herbalife nih belum ada apa² kesan pun kat akak. Abih tuh, takkan baru amik segelas setengah dah expect jadik Angelina Jolie lak kan?
Kesimpulannya, akak tanak le buat apa² kesimpulan. Hik hik hik. Tah hapa² ayat aku.

Takpe, untuk besok, akak berazam untuk lebih berdisiplin lagik. Hehehe. Encik Cyber Slim Center kata, amalkan sikap hari ini lebih baik dari semalam. Baiklah Encik CSC, saya akan kuatkan semangat untuk hari esok!

Sudah sampeiii!!

Itu diaa!! Set Herbalife pertama akak dah sampai! (Bunyinya cam konfiden jek kan akan ada set kedua dan seterusnya kan?). Sangat cepat okkeh..

Set ni akak order dari Cyber Slim Center hari Rabu baru ni. Masa tu akak dapat email auto-reply mengatakan Encik Cyber Slim Center itu bercuti sampai hari Isnin. Raya sakan gituu. So akak ala² kachiwa la kan sebab nak kurus cepat ler kononnya nih. Hik hik hik. Tetiba besoknya (semalam ler tu), akak dapat sms kata order akak telahpun dikurierkan. Dan hari ni pun sampai ler depan pintu rumah akak. Sangat cepat kan? I like! I like!

Dan macam yang dilihat dalam gambar tu, set asas ni ada Formula 1 (yang panjang dan tinggi tuh), Formula 3 (yang pendek dan gumuk tuh) dan Tea Mix (yang botol paling kecik tuh). Jangan ler tanya akak kenapa dia Formula 1 & 3. Kenapa takde Formula 2, sebab akak pun tatau. Pastu dalam pack tu, dapat sekali shaker cup, sudu penyukat, tali pengukur & buku panduan. Free katanya. Iyo lah tuh free, padahalnya dah include sekali dalam cost yang akak bayar tu kan? Alaa.. akak pun bisnes laa, akak tau ler taktik² promosi nih kan.

So tengahari tadi dengan rasminya akak pun mula lah consume Herbalife. Akak order perasa French Vanilla. Sedap okkeh.. ala² vanilla shake kat McD tuh. Cuma nak menghabiskan tuh, muak jugak ler. Tapi kalau ikut buku panduan, dia suruh pakai soya atau jus. Akak tadi pakai low fat milk, sebab itu aje yang ada dalam peti sejuk. Tengok ler malam karang akak try pakai jus pulak ek. Dah beli dah tadi, berkobar² le katakan.

Nak kata mengenyangkan sangat tuh, idak le jugak. Cuma takde la rasa lapar. Lagipun akak minum banyak air masak hari ni. Sejak bulan puasa hari tu sampai le lepas raya, memang akak kurang minum air masak. So hari ni baru nak start balik minum air masak banyak². Meriah jugak le bilik air akak hari ni sebab akak asyik datang menziarah jek.

Tea Mix tu pun akak buat jugak tadi. Leh tahan gak, ada rasa lemon. Memula masa akak baca kat website, akak ingat tea mix tuh jenis kena tapis cam teh biasa. Ataupun jenis pakai uncang. Sebab sebelum ni akak beli teh² kurus nih, cenggitu ler. Rupa²nya tea mix nih jenis serbuk yang larut dalam air, macam Nestea tuh. Boleh pakai air panas atau air sejuk. Sangat mudah okkeh.. I like! I like! Tapi kalau tak campur apa², tawar le, so maybe slow sikit nak masuk. Jadik akak campur gula sikit tadi. Encik Cyber Slim Center syorkan pakai madu asli untuk kurangkan pengambilan gula. Iyo lah.. iyo lah, nanti akak carik la madu asli.

So kita tunggu jek la ek, kot lepas 6 bulan ke setahun nanti akak bertukar menjadik Maya karin ke, Angelina Jolie ke ek.. Hik hik hik.

Thursday, October 18, 2007

Semangat nih!

Hehehee.. rasa cam poyo semacam. Memandangkan siang nanti kemungkinan besar akak akan terima penghantaran Set Asas Herbalife akak yang pertama, maka akak dengan berkobar² menyediakan blog ini, dengan harapan untuk mencatat segala perkembangan penurunan berat badan akak nanti. Muehehe.. poyo sangat kan?

Kira konon nih macam blog testimonial akak lah ni kan. Kira konfiden sangat ler akan turun 20-30 kilo nih. Pastu siap pilih layout kaler hijau nih, melambangkan herba sangat ler nih kan. Huhuhu.. akak memang poyo..

Tapi buat masa ni, blog nih akak sorang aje la yang baca. Tengok le lepas sebulan, atau lepas habis satu set Herbalife tuh, kalau okay resultnya, baru lah akak akan war²kan. Kalau tak okay, akak delete jek terus blog nih.. huhuhu. Kiranya sekarang nih, akak sendiri yang tulis, akak sendiri yang baca la.. muahaha, sangat terserlah kepoyoannya kan?

So, sebagai rekod permulaan sebelum start Herbalife nih, akak ambik aje lah berat akak ikut jarum penimbang hari ni - 84kg. (Aikk?? semalam aku tengok 82kg? Mencik betull..)

Akak target nak dapatkan berat badan ideal 55kg (fuyohh.. harus masa tuh cun gila kalah ler Maya Karin.. huhuhu), so maknanya ada 29kg lemak nak dibuang dari badanku ini. Ish ish ish.. cobaan.

Okaylah, akak doakan kali ni akak akan berjaya kuruskan badan. Dah tentu² aku sorang jek yang baca entry ni kan, haruslah aku jek la kan doa untuk diri aku..