Friday, April 15, 2011

Sorry


Assalamualaikum. Kepada yang membaca blog ini (ada ker? huhu), akak mintak maaf sebab dah lama tak update. Kepada yang bertanya soalan2 kat entry2 sebelum ni, mintak maaf banyak2 sebab tak berjawab. Sebenarnya akak memang dah lama tak update blog. Bukan blog ni jek pun, blog2 akak yg lain pun terbengkalai..(hamboii banyak benor blog, motiiiff??)

Actually selepas 2 bulan lebih ambik HL, akak terpaksa stop disebabkan tak mampu nak maintain ongkosnya. Heheh.. Masa akak consume tu akak dapat harga diskaun, but pastu tah cemana, para dealers dah tak dibenarkan bagi diskaun. Sian kat diorang, lagik kesian kat akak kan.. huhu. Tu la kan, nak yg diskaun jek.. Tapi nak buat cemana, budget nak kena jaga gak kan?

But overall, I had a great experience with HL. Akak berjaya turunkan 7kg. Dan lepas tu, walaupun akak dah tak ambik HL lagik, berat badan tu maintain agak lama gak. Tapi lepas tu akak tak lagi berkecimpung dalam arena kerja di luar rumah, sebaliknya lebih banyak bekerja dari rumah. Bila dah kat rumah, eksperimen memasak sangat kerap dilakukan, disertakan dengan eksperimen memakan apa yang telah dimasak juga.. berserta aktiviti fizikal yang sangat minimum.. huhu.. maka pada penghujung 2010, berat badan akak telah meningkat kepada 89kg! Kwang kwang kwang..

Actually, kesilapan terbesar akak bukanlah kerana makan, tapi kerana KURANG MINUM AIR MASAK. Tapi akak tak realize masa tu. Masa tu mindset akak, masa amik HL jek minum air banyak, lepas tak amik HL, terus lupa. Aparaa... Kan dah rugi riban-riban. Sebenarnya kalau kita maintain minum air masak 3-4 liter sehari, dengan sendirinya akan kurang makan, maka idok le naik berat badan.

Jadi, masuk 2011 akak start minum air masak banyak2 semula. Dalam pada tu akak juga amik Carb blocker & Xenical, tapi tak konsisten la. Mungkin kedua2nya membantu dalam menurunkan berat badan, tapi walaupun kosnya lebih rendah berbanding HL, untuk pengambilan jangkamasa panjang agak tak sesuai untuk akak. Carb blocker kena makan setengah jam sebelum makan karbohidrat. Cabarannya ialah, akak selalu jek lupa. Kekadang dah siap masak semer, family dah siap2 nak makan, takkan nak suh diorang tunggu setengah jam lak kan? Terbantut la selera, sian diorang.. Pastu takkan akak lak nak delay dan tak makan dengan family. Makan bersama keluarga itu penting ya hadik2.. Jadik, adalah agak sukar untuk akak mendisiplinkan diri dengan carb blocker.

Xenical lak lebih mudah nak amik. Lepas makan makanan berminyak jek, terus amik xenical. Tapi bagi sesiapa yang pernah amik xenical nih pasti tau cabarannya. Huhu.. Disebabkan xenical menghalang badan kita dari menyerap minyak yg kita makan, maka bila kita membuang, segala minyak itu akan keluar dalam bentuk minyak jugak. Jadi, boleh lah dibayangkan betapa messynya di dalam tandas itu ya. Memerlukan banyak sabun untuk acara penyucian. Secara tak langsung akak juga adalah pencuci tandas berdedikasi bila ambil xenical, sebab lepas buang jek confirm akak akan cuci tandas. Tapi kalau kat rumah, boleh lah.. Cabaran yang lebih mencabar lagik ialah bila kita berada di luar rumah seperti di tandas2 awam. Mana nak cari sabun yg banyak deknon oii.. Kena la akak bawak bekalan sabun tiap kali keluar. Dan yang tak bestnya, bila 'membuang minyak' nih, adakalanya mengeluarkan bunyi2 yg akan menyebabkan kita duduk lebih lama di dalam tandas untuk memastikan jiran2 di tandas sebelah dah keluar so that dia takkan nampak muka kita. Malu wehh...

Jadi akak rasa, kaedah 'meal replacement' macam HL dulu adalah kaedah paling sesuai untuk akak berdiet. Camna pun alhamdulillah, dengan izin Allah, dengan carb blocker, xenical dan minum air banyak, akak berjaya kurangkan 4kg. Kembali ke berat badan sebelum amik HL. Kikiki.. adoi laa..

Cuma akak realize akak agak kurang berdisiplin dalam menjaga makan dan minum air berbanding masa ambik HL dulu. Pertamanya, perhaps masa ambik HL, banyak RM dah keluar, maka secara psikologinya motivasi akak untuk pastikan duit tu berbaloi adalah lebih tinggi. Kedua, bila akak tengok balik blog ni, akak realize daily food journal ni sebenarnya telah banyak bantu akak untuk control apa yg akak makan setiap hari. Misalnya bila tengok journal semalam akak dah mentekedarah tak hengat punya, maka agak2 la kan.. hari ni kurang2 kan la sikit kan. Journal ni juga membantu akak memastikan akak kira berapa banyak air akak minum hari2.

Maka kesimpulan dari segala story mory sorry dory ikan duri di atas adalah, akak berazam untuk kembali kepada meal replacement dan daily food journal. InsyaAllah..

Hajat hati memang nak guna HL semula, tapi terpaksalah akak akur kepada kemampuan.. heheh.. So akak pun survey la meal replacement yg ada di pasaran. JDM is absolutely no no no for me. Akak dah pernah cuba sebelum HL dulu, mak aihh tak tertelan okkeh. Sib baik akak beli trial pack 5 sachet saja, tu pun akak sedekah balance 4 sachets tuh.. Akak survey gak yang jual kat guardian & cosway. Tapi cam tak berani la pulak, sebab dengan harga yg nak beli tu, kalau tak leh telan, membazir jugak. Dulu2 sebelum HL gak, akak penah try Cambridge Diet beli kat farmasi, huhh.. kembang tekak gak la nak mengabiskannya. Tu pun rasanya berakhir dengan sedekah ke orang gak tuh. Tu yang tak mahu sejarah berulang tuh.

Dengan bantuan incik gugel, akak survey la apa lagik meal replacement yang top sekarang ni. Dan terjumpa lah dengan RxLite. Sila lah gugel ya untuk info lanjut. Dengan testimoni meyakinkan, dan yang penting sebab semua yg cuba tu kata rasanya okay, dan juga agak bersesuaian untuk budget sebulan, maka akak pun orderlah trial pack - 10 sachets untuk RM50.

Hari ini adalah hari pertama akak minum RxLite. Dah minum pagi tadi. Taste nya memang lah okay sesangat. Kalau sapa boleh minum koko, milo, vico, oligo dan yang seangkatan dengannya, confirm sesangat la boleh minum RxLite nih. InsyaAllah akak akan amik stok sebulan terus lepas ni. Dan insyaAllah akak akan update blog ni dengan daily menu dan progress nya. Mudah2an berkesanlah.. Jadik lepas ni entry kena re-start kat Day 1 lah ya. Mudah2an entry2 di sini ada manfaatnya pada sesiapa yang sudi membaca.. ada kerr? Huhuhuu

1 comment:

tuan punya "kereta" said...

Sis, bleh tau sis makan carb block jenama ape n beli dimana? Hope reply..:)