Saturday, October 27, 2007

Scoop


Start besok akan akan tukar sukatan kepada 2 scoop rata F1 + 2 scoop rata F3 untuk shake akak. Sebelum ni akak buat 2 scoop menggunung F1 + 1 scoop menggunung F3, seperti mana instruction dari Encik Cyber Slim Centre

Apa kebendanya menggunung ngan rata nih?
Sebenarnya, masa akak jalan² mencari info psal Herbalife kat Forum Cari, akak tengok different people amik different scoop. Heran gak ler mana satu sukatan yang betul.

Rupa²nya, 1 scoop menggunung = 2 scoop rata.
Maknanya, kalau scoop rata, kira sebelum ni akak ambik 4 scoop F1 + 2 scoop F3 lah.

Tapi tadi, akak dapat formula sukatan baru ni dari Adieha. Sangat rajin dak Adieha nih. Dia email Lean Protein Estimator nih kat akak. Berdasarkan table tu, keperluan protein akak ialah 2 scoop F1 + 2 scoop F3. Yeeyy!! Jimat sikit F1 akak. Lambat sikit abisnya kan? Hik hik

Adieha jugak kasi akak gambar HL measuring spoon tuh. Kalau ikut dalam gambar tuh, tak menggunung, tak rata pun.. ala² separuh jek.

By the way, akak sudah order stok seterusnya dari Adieha, sebab offernya very irresistable gituhh. Ye lah, akak dah decide nak consume HL nih for long term, jadi akak kena lah mengambil kira kos dan penjimatannya dari segi jangkamasa panjang. Kang perut tak kempis, poket lak kempis dulu. Mintak maaflah ye sekiranya akak tak beli dari korang² yang akak pernah email, atau yang pernah email akak tu. Maybe next time, kalau ada rezeki akak order dari korang pulak, err bergantung ler kepada promosi dan diskaunnya.. hik hik.

Akak sudah tolong order 'Start Now Pack' (SNP) jugak untuk Ana sekali. Hajat hati nak share ngan Ana untuk beli untuk Mak ngan Abah lak pas ni. InsyaAllah.

Start besok gak, akak tak akan timbang lagi berat badan setiap pagi. Sebab akak terlalu mengharapkan jarum timbang turun sekilo tiap kali akak timbang berat. Nanti, kalau tak turun, takut akak discourage plak. Kang mula la akak rasa tak puas ati, dan melantak tak hengat terus lepas tuh. Jadi akak decide nak timbang seminggu sekali jek. Sebab kalau turun 1 kilo je seminggu pun sebenarnya dah kira satu perkembangan yang bagus.

Start besok jugak, akak akan post differently untuk entry daily menu akak. Akak rasa nak buat detail macam Adieha, sebab rasanya later akan berguna untuk akak check balik formula yang macamana paling berkesan kat akak. Entry sekarang too general, and bila akak tengok balik, akak tak nampak proper timing dan sukatan akak amik Tea Mix and plain water pada sesuatu masa. Nampak total intake in 1 day jek.

Untuk proper details record, sudah semestinya akak akan gunakan communicator untuk rekod setiap kali lepas akak makan atau minum something. Huhuhu.. cam takde keje lain jek. Tak kisah lah. Akak rasa cara tu akan berkesan untuk akak mengelakkan snacking keterlaluan.

Huarghh.. sangat mengantuk!!