Sunday, December 23, 2007

63rd - 66th day (Terkorban di Raya Korban)

Hihihi.. buleh tak, tanak post menu untuk 4 hari lepas kat sini? Sebabnya kalau post jugak, sampai pagi besok tak abis baca.. muahaha.

Cuti Raya Haji 4 hari balik Jengka, akak bukan takat makan lagik dah. Dah kira mentekedarah tanpa rasa berdosa gituh. Pastu bukan takat breakfast, lunch and dinner jek. In between tuh tah berapa ratus kali snacking, tea time, supper dan apa² jek la nama yang ada untuk makan mencelah² nih.

Dengan lontong, nasi impit, satay, kuah kacang, kari ayam, rendang daging, nasi biasa, nasi minyak, nasi goreng, lauk pauk, steak, cekodok, kuih tekap, cheese cake, muffin, dan tah mende² lagik ek akak makan sepanjang 4 hari tuh. Langsung tak amik shake, minum tea mix jek, tu pun sempat buat sekali sehari jek. Memang saja tanak bawak F1 & F3. Alaa kalau bawak pun membazir jek. Kang shake pun amik, mende² lain pun akak makan jugak. Dah tau dah, bila semua adik beradik balik, especially time raya and cuti panjang lak tuh, for sure banyak makanan punya. Yang mak masak lain, yang Ana bawak balik lain, yang kitorang eksperimen memasak pun lain, yang belinya lain.. muehehee..

Dah le makan banyak, langsung takde aktiviti membakar kalori. Lepas makan tido, bangun tido makan lagik, pastu main computer game, pastu makan lagik, pastu tido balik. Kalau ada pun aktiviti ialah aktiviti posing² tepi laut and tepi sungai amik gambo sendirik, pastu main bowling, tuh pun sambil² main bowling pun dok makan² gak. Akak bukan main bebetul the whole game pun. Takat baling² bola time turn Raha kalau masa tu Raha takmo main jek.

Maka bila dah balik KL nih, dengan lajunya jarum penimbang akak bertambah 3 kilo tanpa ampun! Maka sempena cuti raya Korban ini, terkorban jualah beberapa kilo yang telah akak susah² turunkan hari tu..

Uwaaa.. maka bermulalah babak penuh keinsafan dan bermula juga laa sessi bertobat selepas ini. Kui kui kui..

1 comment:

adieha said...

terkorban di raya korban?? hahaha hahha hahha.. adeh sakit perut gelak.

ramai terkorban di hari raye. bukan takat lembu je.

ni nak tanye.. sumie nak tape measure tak?