Saturday, December 29, 2007

72nd day


BREAKFAST
-4F1 + 1F3 + 400ml water
-Tea Mix: 500ml

LUNCH
-Nasi + Lauk + Kuih-muih + Sirap
-Ice Cream
-Telur rebus


DINNER
-Kek + Ice cream
-Nasi + Lauk
-Water: 500ml

Total Water: 500ml
Total Tea Mix: 500ml

Hari ni majlis bertunang Nana - cousin kepada hubby akak.. (leh paham tak ayat tuh?), di rumah mak uda hubby akak (dan ayat itu juga?). Hari ini juga hari jadi Raha, anak akak yang comel macam akak jugak tuh (ayat tuh paham?). Dan bulan Disember ini juga adalah bulan dimana ramai ahli keluarga hubby akak menyambut birthday jugak (paham?)

Siangnya makan² untuk majlis pertunangan, malam nya pulak kitorang buat makan² untuk acara menyambut birthday beramai². Jadiknya paham² jek la kan, bila dah ramai² tuh, makanan lak sedap² gituh kan, maka 'terpaksa' la akak makan banyak dan kurang minum air.

Pastu kan, besok pun akak akan 'terpaksa' makan jugak, sebab besoknya kenduri kawin abangnya pulak. Leh tak? 'Terpaksa' gituhh..

Tapinya kan, masa tengah dinner tu kan, akak makan dengan biras akak dan isteri kepada Pak Usu kepada hubby akak (ada paham?). Kitorang bertiga nih ala² 3G belaka la kan. Pas tu kan dengan selambanya Pak Usu tu mengutuk kitorang makan tau. Selamba jek dia panggil kitorang 'si gemuk'. Tapi akak rasa dia lebih kepada kutuk akak jek. Geram akak taww! Padahal anak dia pun gumuks jugakss! And dia pun bukan ler slim pun, perut dia pun ala² lelaki mengandung gaks.. (oops ampun Pak Usu!!). Geram akak taww!

Ni yang buat akak berazam lagik kuat nak slimkan badan nih, supaya manala tau kot next year kenduri jumpa kat rumah sedara-mara lain plak, leh akak kutuk dia plak! Muahaha.. jahatnya niat!

No comments: